CAHAYA YANG BERKILAU
Hati anda adalah seumpama cermin yang berkilat, anda mesti membersihkannya daripada debu dan kotoran yang menutupinya, cermin hati anda itu telah di takdirkan untuk memancarkan cahaya rahasia-rahasia Ilahi, bila cahaya dari Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi, mampu menyinari ruang hati anda, Iampu hati anda akan menyala. Lampu hati itu berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang, kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap, anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir, bukan dari timur atau barat, yang di nyalakan dari pohon zaitun yang di berkati dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat berkilau sehingga ia memancarkan cahaya walaupun tidak di sentuh oleh api. Kemudian Iampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri, mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahasia Allah menyinarinya? Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahasia-rahasia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang dan berpandukan bintang-bintang, anda temui jalan anda, bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang. Sekiranya Iampu rahasia-rahasia Ilahi di nyalakan di dalam diri batin anda yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur, langit kelalaian yang gelap akan di nyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya" bersambungan meninggi di langit, melepaskan peringkat yang di tentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. Malam kelalaian anda akan melihat terangnya hari siang, kemudian anda akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap kelalaian dan menyesali umur anda yang di habiskan di dalam lena, anda akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan anda akan mendengarnya berkata : "Mereka tidur sedikit saja malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah, Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki. Kemudian anda akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit, ia adalah matahari anda sendiri, lantaran anda adalah “yang Allah beri petunjuk” dan anda “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan anda akan memahami rahasia, tidak di izinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang.
Tiap sesuatu berjalan pada Iandasan masing-masing, akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, menrendahkan diri yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya, semua ini akan bermula bila cermin hati anda di persucikan.
Cahaya rahasia-rahasia Ilahi akan memancar padanya jika anda berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya dan dengan-Nya.
Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Qur'an yang mulia yang mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia di turunkan, yaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah. Di hantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang paling perkasa di antara agama-agama, shalawat dan salam buat Nabi Muhammad Saw yang tidak di ajar oleh makhluk, tetapi di ajar oleh-Nya sendiri. Baginda Saw adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang di utus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, di muliakan dengan kitab suci yang paling suci dan paling mulia. Keturunan baginda Saw adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari, sahabat-sahabat baginda Saw adalah pilihan dari kalangan orang yang baik-baik dan murah hati, semoga kesejahteraan dan keberkahan yang melimpah-limpah di kurniakan kepada ruh-ruh mereka.
Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan, hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita bisa mencapai dan memahami keesaan Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita bisa mengikuti rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi, dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka, yang di pilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat seri dan kebijaksanaan yang sangat tinggi. Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan : “Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri dan sebahagian daripada mereka cermat dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurunia yang besar.” (Q..S. Fatir : 32). Nabi Muhammad Saw bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk Iangit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di Iaut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat.” Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman : “Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Q.S. Fatir : 28).
Nabi Muhammad Saw bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku karuniakan kepada kamu ilmu-Ku karena Aku mengenali kamu. Tidak aku karuniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu, segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada di siksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.

Posting Komentar untuk "CAHAYA YANG BERKILAU"
Terimakasih atas kunjungan anda...