DO'A HAIKAL

Adalah di riwayatkan oleh Rasulullah Saw, pada suatu hari sedang beliau duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman-Nya. Jibril berkata,”Ya Rasulullah, salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan ini firman-Nya : “Hai kekasihku, adapun do’a haikal (7 do’a ini) di hantarkan pada tuan hamba, maka barangsiapa tiada percaya akan do’a ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.” Ya Muhammad, barangsiapa menaruh do’a ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaithan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan do’a ini dan di pakai, niscaya lepaslah ia daripada adzab sengsara dan wabak, serta aman. Dan barangsiapa menaruh do’a ini, senantiasalah ia di hormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai adzab sakaratulmaut itu, maka dengan mudah saja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca do’a ini tiap hari dan jika selalu membacanya, niscaya memperoleh pahala seumpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz Qur’an dan memperoleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 Nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil dan ‘Izrail Alaihissalam.

Kemudian fadhilat do’a haikal ini di salin dan di taruh padanya. Adapun khasiat do’a haikal ini terlalu banyak, di sini sekadar di ambil ringkasannya saja, sesungguhnya tiadalah syak lagi dan do’a haikal tersebut adalah merupakan susunan daripada ayat-ayat Al-Quranul-karim dari beberapa surah sebegai berikut :
1. Haikal 1 : Ayat Kursi (Al-Baqarah : 255);
2. Haikal 2 : Ali-Imran : 35 dan Al-Isra’ : 77-80;
3. Haikal 3 : Al-Baqarah : 285-286;
4. Haikal 4 : Al-Isra’ : 81-85;
5. Haikal 5 : Maryam : 4-6 dan Al-Fath : 27;
6. Haikal 6 : Al-Jin : 1-4; dan
7. Haikal 7 : Al-Qalam : 51-52

0 Response to "DO'A HAIKAL"

Post a Comment

Terimakasih atas kunjungan anda...